salam buat pembaca budiman. alhamdulillah sejak makan supplement rasanya
keadaan kesihatan makin baik dan makin bersemangat nak bangun pagi.
dulu pernah juga makan supplement tapi tak boleh nak maintain sebab
terlalu mahal. runsing dengan keadaan kesihatan yang mudah jatuh sakit
dan sering pening nak tumbang,saya cuba mencari jalan penyelesaiannya.
banyak perkara yang saya pertimbangkan... sakit rohani? sakit jasmani?
nanti saya cerita lebih lanjut.
hari ini saya ingin bersetuju
dengan entry yang dibuat oleh hadhatina. jom sama2 baca panduan memilih
supplement yang beliau kongsikan.
Dewasa
ini, pengambilan suplemen (makanan tambahan) bukanlah satu perkara
asing bagi kita. Suplemen bertindak untuk membantu mereka yang ada
kekangan dalam mengendalikan pembahagian nutrisi yang sihat dan lengkap
kepada tubuh. Bukanlah maksudnya mereka ini malas, namun lifestyle
masakini yang hectic, ditambah dengan pencemaran di sana sini, cara
masak yang kurang betul, menyukarkan kita untuk mendapat nutrisi lengkap
tersebut .. bukan kepada kita, malah kepada ahli keluarga kita!
Justeru,
suplemen menjadi pilihan. Namun, tahukah anda bagaimana mahu memilih
suplemen terbaik buat anda dan keluarga anda? Yelah .. semua brand pun
claim diri masing-masing bagus kan? Nah! Jom baca dan fahamkan
panduan-panduan berikut :-
1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrumMengandungi
semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya
vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B:
B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6
(prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium
yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah
faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah
pinggang dan boleh menjadi batu karang.
2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi)Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan.
Vitamin
natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi
semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. Bagaimana mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam vitamin natural.
3. Reputasi pengeluar jenama vitamin
Sebagai
orang kebanyakan kita mungkin tak dapat nak lakukan lab test ke atas
setiap vitamin yang kita nak ambil. Oleh itu, reputasi syarikat
pengeluar vitamin adalah penting. Misalnya, bila menyebut tentang
Shaklee, kebanyakan orang mengenali syarikat yang dah lebih 50 tahun
memberi kebaikan kepada masyarakat sejagat. Analoginya, bila Nike
keluarkan kasut yang dikatakan ‘mengikut aluran kaki Micheal Jordan’,
tak ada orang nak pegi ukur kaki Micheal Jordan untuk pastikan sama ke
tidak dengan design kasut Nike sebelum membelinya.
Kesimpulannya, semakin lama sesuatu produk itu berada dalam pasaran, bermakna reputasinya semakin kukuh.
4. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil halal yang disahkanPastikan
produk yang dipilih mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan
Malaysia, dan mendapat sijil halal yang disahkan oleh JAKIM. Ini bagi
memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang
diragukan. Maklumlah, benda makan-makan ni jadi darah daging.
SHAKLEE mempunyai kedua-duanya :)
Kita
juga boleh mendapatkan maklumat dari pihak berkenaan tentang
kajian-kajian yang telah dibuat terhadap produk mereka. Pastikan
bertanya kepada orang yang betul, i.e. pakar dalam sesuatu produk itu.
Misalnya untuk mengetahui tentang produk Shaklee Malaysia, bertanya lah
kepada pengedar/cawangan Shaklee Malaysia. Mereka pasti mempunyai
jawapan terhadap kemusykilan kita. Jangan pula bertanya kepada pihak
yang tak berkaitan, kerana jawapan yang diberi mungkin dari tanggapan
semata-mata. Maklumat yang betul hanya ada pada orang2 yang betul.
Oh
ye! Sekadar peringatan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak
dengan dunia suplemen .. supaya tidak berlaku salah faham di kemudian
hari.
Supplement tidak boleh menggantikan makanan kita. Kita mesti kena makan juga.
Menyediakan
makanan mengikut gizi tidak menentukan bahawa keperluan nutrient tubuh
kita dipenuhi. Ini kerana cara penyediaan makanan, persekitaran dan
sebagainya boleh merosakkan vitamin dan mineral.
Pengambilan
vitamin bukan hanya semasa sakit, kerana apabila sudah sakit baru nak
ambil vitamin, kesan healing crisis akan menjadi lebih teruk.
Wanita
hamil, ibu menyusu, perokok, mereka yang menjalani cara hidup stress,
warga tua, memerlukan supplement bagi melengkapkan keperluan nutrisi
harian mereka.
Pengambilan ubat-ubatan (drug) dan antibiotik
boleh menghalang penyerapan vitamin2 perlu. Jadi kita perlukan vitamin
tambahan untuk memberikan badan kita keperluan vitaminnya.
Saya
amat berharap sedikit perkongsian maklumat ini dapat membantu
kawan-kawan memahami tentang konsep suplemen serta menjadi panduan untuk
memilih suplemen yang terbaik buat anda. InshaALLAH.
Tepuk dada, tanya IMAN. Hanya jauhari mengenal manikam :)
No comments:
Post a Comment