Jika nakkan badan cantik dan slim....marilah kita amalkan 21 tips dibawah ini.... mana tahu berkesan kan!!!!!
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda
perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit
kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas
itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga
sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat
badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya.
Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan
sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat
disingkirkan dengan mudah.
Tips
2 –
Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan
makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu
adalah kurang bijak.
Alasanya?
- Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak
bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan
mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila
tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan.
Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi.
Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu
mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah,
anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda
tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat
berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa
ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan
tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi,
ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips
4 –
Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan
kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan
bijiran penuh.
Alasannya?
- Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan
diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan
sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya;
brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti
itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima
atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips
6 –
Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan
di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda
boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu
rendah lemak.
Alasannya? – Lemak
adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan.
Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan
dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia
tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein
dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan
karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian,
ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur.
Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi
separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih
banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips
8 –
Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus,
anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan
kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti
berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan
pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan
jantung untuk bekerja.
Untuk
makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan
sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan
10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan
juga perut.
Jadi
ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah
anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya
cara itu senang sahaja.
Antara
aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
·
Berjalan-jalan dalam
shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
·
Untuk ke setiap destinasi,
anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
·
Membersihkan rumah
dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat
menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman
yang boleh menguruskan badan anda.
·
Berjalan kaki
meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti
selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk
selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau
menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang
anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana,
anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips
10 –
Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan
adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga
menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara
ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal
ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan
makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang
ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas
sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak
boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu,
sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan
berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips
12 –
Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam
dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi,
apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak
menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai
favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau
nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak
dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips
14 –
Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu
bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan
kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan
kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan
yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik
kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan
jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan
kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips
16 –
Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang
cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan
daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada
mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga
kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum
air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk
dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips
18 –
Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam
tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan
turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda
boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan
impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan
setiap hari.
Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus
asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang
berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips
20 –
Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah
diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa
kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda
ketika makan.
Alasannya?
- Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap
tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan
menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah
anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori
sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang
betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman
anda mampu mengurangkan berat badan anda.