Pages

Followers

Thursday, September 20, 2012

khasiat timun yang orang tak tahu


sumber:http://www.utusan.com.my

TIMUN sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.
Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas:

Karbohidrat - 3.63 gm
Gula - 1.67 gm
Serat - 0.5 gm
Lemak - 0.11 gm
Protein - 0.65 gm
Thiamin (Vitamin B1) - 0.027 mg
Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg
Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg
Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) - 0.259 mg
Vitamin B6 - 0.040 mg
Folat (Vitamin B9) - 7 μg
Vitamin C - 2.8 mg
Kalsium - 16 mg
Besi - 0.28 mg
Magnesium - 13 mg
Fosforus - 24 mg
Potasium - 147 mg
Zink - 0.20 mg

* Timun yang disapu kewajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang padakulit.
* Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat didalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.
* Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
* Hiris timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.
* Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.
* Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah paru-paru, perut dan dada.
* Potasium di dalam timun menjadikannya sangat bergunauntuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
* Timun mengandungi Erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.
* Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kubis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik didalam badan.
* Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku

wahhhh..best kan?..jadi kalo gi beli groceries..jangan lupa beli timun yer.

No comments:

Post a Comment

SIMPLYBEUTY FORM ORDER!!!

Name :
Address:
Handphone no:
Product code & Size:
Payment Method: CIMB BANK
MAYBANK
Email Address:

Form provided by Freedback.