Sejak mengandung lagi saya dah set
mind saya hanya akan makan vitamin sahaja dalam berpantang. Walaupun
banyak juga set bersalin yang ada dalam pasaran namun tiada satu pun
yang dapat mencuri perhatian saya. Saya lebih banyak habiskan masa masa
mengandung membaca perihal dan kepentingan vitamin ditambah lagi saya
nekad nak menyusukan anak-anak saya. Saya taknak kerana saya makan jamu
, anak saya tidak dapat menyusu dengan sebaiknya.
Apa yang saya fikirkan pada peringkat
awal ialah vitamin membantu membanyakkan susu saya. Masakan tidak?
sehingga anak saya umur 2 tahun , payudara saya akan bengkak
seolah-olah saya masih di dalam pantang dan pernah ditegur oleh
babysitter berapa meriahnya susu anak saya.
Memang saya rasa beza apabila
saya tak makan vitamin. Mungkin sebab pemakanan saya seharian tidak
seimbang ditambah tidur yang tidak pernah lengkap 8 jam sehari
membuatkan saya mudah keletihan. Maka pengambilan vitamin membuatkan
saya rasa sangat berbeza.
Saya jadikan alfalfa dan ESP sebagai
booster terbaik saya. Bila mood down atau susu mula rasa tidak meriah,
saya amalkan pengambilan alfalfa dan ESP dengan optimum. Memang beza
sebab lepas tu susu akan meningkat dengan kadar yang tidak terlalu lama
berbanding saya tak makan vitamin.
Saya mula nampak kesan vitamin
apabila anak2 saya perlukan suntikan imunisasi, doktor pasti bertanya
adakah saya beri anak saya makan kerana perkembangan dua dua anak saya
membuatkan doktor sendiri kagum. Masakah tidak bermula dengan si abang,
dengan graf pembesaran yang hebat ditambah si adik mempunyai graf
perkembangan yang hampir sama dengan si abang. Apabila saya memberitahu
saya hanya berikan susu badan, maka doktor terus mengatakan tahniah
sebab anak2 saya membesar dengan sihat dan susu saya mencukupi untuk si
manja kami. Pengambilan zat besi yang mencukupi membantu pembesaran anak dengan sangat hebat.
Namun masa mematangkan saya. Hakikatnya vitamin tak bantu banyakkan
susu. Susu saya banyak sebab dengan makan vitamin, badan saya sihat dan
cergas. Maka saya dapat kerap susukan anak saya. Dari situ susu saya
bertambah banyak kerana anak saya kerap menyusu. Susu saya beri kesan
pada perkembangan dan pertumbuhan anak-anak saya. Gigi mereka juga
tumbuh seawal 6-8 bulan memandangkan pengambilan kalsium yang mencukupi
dan disalurkan melalui susuibu tadi.
Memang ada sesetengah orang merasakan
tidak perlu amik vitamin. Tapi secara jujur, saya amalkan sebab saya
tahu kekangan pengambilan makanan seharian saya yang tidak lengkap dan
tidak dapat memenuhi piramid makanan. Anak saya membesar dengan baik
dengan susuibu. Saya tak perlu risau jika mereka demam atau selsema,
kerana saya menjadikan vitamin itu ubat kepada penyakit anak saya. Saya
akan amalkan pengambilan vitamin C dengan tambahan lebih dari dos
harian biasa apabila anak saya tidak sihat.
Syukur sebab sejak kebelakangan ini
ramai ibu2 yang telah membuat pesanan set bersalin dari saya. Ramai
juga yang dah melalui berpantang dengan vitamin dan mereka mengakui
perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Ternyata badan
kita perlukan vitamin untuk proses penyembuhan. Itulah yang saya
setkan dalam minda saya dari anak pertama lagi.
Walaupun melahirkan secara ceaserean
saya dapat bergerak aktif seperti orang beranak normal. Paling buat
saya gembira bila Doktor pakar yang menyambut kelahiran Nasa memuji
cantuman jahitan semasa melahirkan anak sulung Addin, sangat kemas dan
elok. Berasa sangat lega dan berbaloi berpantang dengan vitamin.
Hakikatnya berpantang dengan vitamin
bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi
bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan. Memang
benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya
balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah
yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.
Sekiranya anda masih mencari-cari set
bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin
ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?
Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak.
Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita
menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan
merasa 'warm' bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi.
Paling penting, selamat untuk bayi.
No comments:
Post a Comment